News

 

Bekalan air di Meradong ditambah baik

Posted on 24 Nov 2023
Source of News: https://www.utusanborneo.com.my/2023/11/23/bekalan-air-di-meradong-ditambah-baik
Dr Abdul Rahman Junaidi memegang dokumen soalan dan jawapan bagi Persidangan DUN berkaitan kementeriannya. -Gambar Chimon Upon
Dr Abdul Rahman Junaidi memegang dokumen soalan dan jawapan bagi Persidangan DUN berkaitan kementeriannya. -Gambar Chimon Upon
KUCHING: Bekalan air di daerah Meradong akan bertambah baik dengan pelaksanaan Projek Wilayah Tengah 1 Perintah Kerja 6 (CR1WO6), kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. 

Projek ini katanya  melibatkan cadangan pembekalan, penghantaran dan peletakan saluran paip diameter 600 milimeter (mm) dalaman nominal dari Simpang Bulat Ke Tangki Simpanan Air Temedak termasuk semua kerja yang berkaitan dan dijangka siap pada suku kedua tahun 2024. 

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Meradong, kekerapan gangguan bekala air di Meradong sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kerosakan paip oleh pihak ketiga yang telibat dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. 

“Walau bagaimanapun, bekalan air di Daerah Meradong akan bertambah baik dengan pelaksanaan projek CR2 WO6 yang dijangka siap pada suku tahun 2024,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Ditanya mengenai skop kerja dan kemajuan projek tersebut, Dr Abdul Rahman berkata skop kerja merangkumi membekal, menghantar dan pemasangan paip bersaiz diameter 600mm sepanjang 20 km dari Simpang Bulat ke Tangki Simpanan Air Temedak. 

“Kemajuan kerja projek ini telah mencapai tahap 40.8 peratus dan kos projek adalah bernilai RM21.6 juta,” katanya.  

 


image Polls
image Announcement