News

 

Kerajaan pertimbang cadangan tambah permohonan BELB

Posted on 01 Feb 2016
Source of News: http://www.theborneopost.com/2016/01/08/kerajaan-pertimbang-cadangan-tambah-permohonan-belb/

LAPOK: Kerajaan negeri mempertimbang cadangan menambah jumlah pinjaman maksimum daripada RM800 kepada RM1,200 sebulan bagi memenuhi permintaan permohonan kali pertama bekalan elektrik di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

Perkara tersebut dijelaskan Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Sylvester Entri Muran pada sesi bertemu rakyat dan sumbangan Tangki Air 1Malaysia di Rumah Meran Surang di Loagan Bunu, Lapok semalam.

“Pemohon boleh membuat pilihan pinjaman RM800 atau RM1,200 untuk pendawaian dalaman di kediaman mereka dan kontraktor dipilih oleh SESCo,” katanya.

Jelaasnya, ia akan mempercepatkan kerja pendawaian sekali gus menjamin keselamatan pengguna rumah panjang dan penempatan semula di bawah projek BELB, sekali gus memenuhi permintaan yang meningkat daripada penduduk luar bandar untuk mendapatkan bekalan elektrik di kediaman mereka.

Entri yang juga ADUN Marudi kesal dengn tuduhan sesetengah pihak menyatakan beliau gagal menunaikan janji membekalkan bekalan elektrik di rumah panjang di Lapok dan Ulu Teru semasa perayaan Krismas lalu.

“Saya menunaikan tanggungjawab kerana seluruh sistem projek ini berfungsi dan terdapat sumber tenaga untuk semua pengguna untuk rumah panjang sebelum Hari Krismas.

“Tetapi sesetengah tuai rumah gagal memastikan pendawaian dalaman rumah panjang mereka dipasang,” jelasnya.

Beliau mahu pemimpin masyarakat lebih bertanggungjawab dan tidak menimbulkan rasa benci di kalangan rakyat dengan tuduhan serta membuat fitnah.

Beliau mahu pengundi termasuk di rumah panjang terus memberi keyakinan dan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) demi kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Entri turut menyampaikan geran RM30,000 kepada Biro Wanita Rumah Meran untuk tabung projek bangunan dan geran RM3,000 sebagai dana aktiviti Biro Wanita di kawasan tersebut.

Turut hadir Pemanca Enggah Muga, Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Tinjar Belayong Pok dan tuai-tuai rumah di Tinjar dan Ulu Teru.



image Polls
image Announcement