KENYATAAN MEDIA: BERWASPADA DENGAN PENYAMARAN ATAU SCAM MENGGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK
Posted on 03 Apr 2024
Source of News: MUT Official Website
KENYATAAN MEDIA
BERWASPADA DENGAN PENYAMARAN ATAU SCAM MENGGUNAKAN NAMA KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK
KUCHING, 2 April 2024: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak ingin menasihatkan orang awam supaya berwaspada dan berhati-hati dengan penyamaran atau scam yang menggunakan nama Kementerian.
Baru-baru ini berdasarkan maklumat yang dikongsikan kepada Kementerian oleh orang ramai, satu penyamaran atau scam yang menggunakan nama Kementerian iaitu dengan mengemukakan satu surat palsu PEMBERITAHUAN PENERIMAAN SEBUTHARGA JBALB.400-5/12/1/1/: SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAHAN PENGUBAHSUAIAN BUMBUNG KE JABATAN BEKALAN AIR LUAR BANDAR SIBU SELANGAU DENGAN PEMBIAYAAN SEBANYAK RM 150,000.00 DALAM TEMPOH DUA (2) MINGGU.
Pihak Kementerian amat memandang serius terhadap penyamaran dan penipuan yang menggunakan nama Kementerian dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas. Oleh yang demikian, satu laporan polis telah dibuat berkenaan dengan perkara ini, untuk tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa.
Orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan terus berhubung dengan Kementerian ini melalui pautan : www.mut.sarawak.gov.my bagi mendapatkan pengesahan atau maklumat yang tepat sekiranya ada menerima panggilan telefon, emel mahupun surat yang meragukan. Elakkan dari menjadi mangsa scammer,
-TAMAT-