picture

News

 

Sarawak sasar jana tenaga 10GW menjelang 2030

Posted on 07 Mar 2024
Source of News: https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/07/sarawak-sasar-jana-tenaga-10gw-menjelang-2030
 
Abang Johari bersama (dari kiri) Dr Abdul Rahman Ismail, Dr Abdul Rahman Junaidi, Awang Tengah dan Julaihi semasa mengadakan lawatan ke Kota 2, Hidro Mini di Lawas, hari ini.
Abang Johari bersama (dari kiri) Dr Abdul Rahman Ismail, Dr Abdul Rahman Junaidi, Awang Tengah dan Julaihi semasa mengadakan lawatan ke Kota 2, Hidro Mini di Lawas, hari ini.

LAWAS: Sarawak menyasarkan untuk penghasilkan penjanaan tenaga 10 gigawatt (GW) pada 2030, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, keseluruhan penghasilan tenaga itu diperoleh daripada sumber tenaga boleh diperbaharui yang diterokai Sarawak pada masa kini. 

"Saya telah mengarahkan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjana 10GW menjelang 2030. 

"Melihat reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili, beliau yakin tetapi mesti ingat bukan sahaja hidro, ditambah solar, turbin gas dan saya yakin biomass (biojisim), menjelang tahun 2030 kami menjadikannya satu rancangan untuk biomass antara satu hingga 1.5GW," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya ke Kota 2 Hidro Mini di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan kenamaan lain.

Abang Johari berkata, terdapat negara yang menyokong usaha pembangunan teknologi hijau dan penerokaan sumber tenaga dan ini memberi peluang pelaburan kepada Sarawak. 

"Saya mempunyai 17 duta Eropah dan mereka akan menubuhkan apa yang dipanggil Bank Pelaburan Eropah, mereka (akan) membiayai tenaga boleh diperbaharui dan hijau," katanya lagi.



picture Announcement