Announcement

 

NOTIS SEBUT HARGA PEMBEKAL PERALATAN PEJABAT KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI

Posted on 29 Oct 2024
 
 
 
 
 KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK
NOTIS SEBUT HARGA
 
1.         Sebut harga adalah dipelawa daripada Pembekal yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran bagi bekalan / perkhidmatan seperti berikut bagi tempoh dua (2) tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026:
 
No. Ruj. Sebut Harga Tajuk Sebut Harga Syarat Penyertaan  
Yuran Dokumen  (RM)
Tarikh Penjualan,
Tarikh Tutup dan Masa Penyerahan Dokumen Sebut Harga
KUT/QUO/
2025-2026/
01
Membekal dan menghantar Cartridge / Ink /Toner ke Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Tahun 2025 dan 2026 Mempunyai Sijil UPKJ yang sah untuk Kategori : C Kepala : IV Subkepala : 8
 
 
 
 
 
(rujuk perkara 3)
Tarikh Penjualan:
28 Oktober - 05 November 2024
 
Waktu Penjualan:
Isnin – Jumaat
(8.30 – 11.30 pagi dan
2.00 – 3.00 petang)
 
Tarikh Tutup:     
05 November 2024
12.00 Tengahari
KUT/QUO/
2025-2026/
02
Membekal dan menghantar Alat Tulis ke Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Tahun 2025 dan 2026 Mempunyai Sijil UPKJ yang sah untuk Kategori : C Kepala : VIII Subkepala : 3B, 3C
KUT/QUO/
2025-2026/
03
Membekal dan menghantar Bekalan Am ke Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Tahun 2025 dan 2026 Mempunyai Sijil UPKJ yang sah untuk Kategori : C Kepala : VI Subkepala : 1a
 
 
 
2.         Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis (rujuk contoh surat perwakilan kuasa) oleh Pemilik / Rakan Kongsi / Pengarah Syarikat. Pemilik atau wakilnya diwajibkan membawa bersama Sijil Asal Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ) dan Surat Perwakilan Kuasa (jika berkaitan) dan cop syarikat semasa membeli Dokumen Sebut Harga.
 
3.        Bayaran Yuran Dokumen Sebut Harga bernilai RM10.00 hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Wang Kiriman Pos Berpalang (Postal Order) atau S Pay Global yang dibayar atas nama KERAJAAN SARAWAK dan bukti pembayaran Dokumen Sebut Harga tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertanggungjawab di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
 
 
4.         Dokumen Sebut Harga boleh disemak dan dibeli mulai 28 Oktober - 05 November 2024 pada waktu yang ditetapkan di alamat Unit Merinyu Elektrik, Tingkat 11, Wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
 
5.         Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan ditulis tajuk sebut harga, no sebut harga, beralamat dan dihantar ke alamat di bawah sebelum 12.00 tengahari pada 05 November 2024.
 
 
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUT HARGA
KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK,
UNIT MERINYU ELEKTRIK
TINGKAT 11, WISMA SATOK
93400 KUCHING, SARAWAK.
 
6.         Dokumen Sebut Harga yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan    dipertimbangkan.  Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.
 
 
 


image Announcement