News

Peruntukan RM80 juta bina baharu Loji Rawatan Air Daerah Song
Posted on : 26 Nov 2022  Source of News: Utusan Sarawak
 

Peruntukan RM80 juta bina baharu Loji Rawatan Air Daerah Song

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Cadangan untuk melaksanakan pembinaan Loji Rawatan Air di daerah Song yang baharu sudah dikemukakan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, projek pembinaan tersebut yang berjumlah RM80 juta akan memberi manfaat kepada 1,895 isi rumah di daerah Song dan kawasan sekitarnya.

“Pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 20 juta liter sehari, pembinaan sebuah tangki simpanan air aras tinggi (high level water tank), pembinaan muka sauk air mentah (raw water intake), sebuah stesen pam penggalak yang baharu (booster station) dan kerja-kerja penyambungan paip agihan.

“Anggaran kos projek ini adalah sebanyak RM80 juta dan kita jangkakan apabila siap nanti akan memberi manfaat kepada 1,895 isi rumah di daerah Song dan juga kawasan di sekitarnya,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan ADUN Katibas, Lidam Assan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Dalam pada itu, katanya, projek bekalan air luar bandar yang akan dilaksanakan bagi kawasan Kapit, Song dan Kanowit adalah sebanyak RM149 juta.

“Pemasangan paip-paip mile steel cement line pipe (MSCL) bersaiz 500 milimeter, sepanjang 70km. Pembinaan tangki simpanan air paras tinggi, pembinaan sebuah stesen pam penggalak yang baharu dan kerja-kerja berkaitan projek ini.

“Anggaran kos projek ini untu dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebanyak RM149 juta,”katanya.

Useful Links