News

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERPISAHAN UNTUK PEGAWAI KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK
Posted on : 01 Jul 2022
 

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERPISAHAN UNTUK PEGAWAI KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK

 

30 Jun 2022

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada hari ini telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Perpisahan kepada Pn Ir. Achong Manchu yang telah tamat kontrak sangkutan beliau di sini.

 

Beliau akan kembali ke Ibu Pejabat , Jabatan Saliran dan Pengairan bermula 1 Julai 2022.

 

Ir. Ahong Manchu telah berkhidmat di Kementerian ini bermula Januari 2021 dan ditempatkan di Bahagian Bekalan Air. Beliau banyak memainkan peranan dalam menguruskan permohonan sijil bekalan produk air dan lesen untuk kompetensi bagi Jurugegas dan Juru pemasangan paip. Sebagai jurutera yang telah mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun, beliau juga terlibat dalam penyediaan kertas-kertas kerja dan perancangan pemulihan post-covid yang berkaitan dengan bekalan air Sarawak.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Ir. Ahong Manchu dan semoga beliau terus maju jaya di dalam apa jua bidang diceburi.

 

Useful Links